Sunday, 25 October 2009

Samseng UMNO Ganti Pengawal Kawal Sidang DUN Perak


Dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan Rakyat.


Apa yang membimbangkan ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.


Satu sumber memberitahu bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) dan Thomas Su (Pasir Pinji).


Sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri juga berkata bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.


Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.


Kesemua ADUN Pakatan Rakyat perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam.

0 Komen: