Najib Hina Rakyat Perak


Lokasi UMNO/BN memilih Perak sebagai tempat pelancaran 1Malaysia peringkat kebangsaan yang diumumkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 4 Oktober lalu tidak mengejutkan Dewan Pemuda PAS Perak akan lokasi tersebut sebagai lokasi pelancran 1Malaysia.


Ia bukan pelik tetapi menunjukkan bahawa UMNO/BN sudah terdesak dengan suasana yang berlaku di Perak sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja program bagi meraih simpati rakyat namun masih kecundang di pertengahan jalan.


Berikutan pelancaran sambut 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 18 Oktober itu adalah satu bentuk penipuan terhadap slogan yang kononnya rakyat didahulukan. Slogan itu masih mengguris hati rakyat Perak kerana tidak mengutamakan kepada rakyat yang memilih Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lalu sebaliknya merampas secara haram negeri Perak.


Ia pasti mendorong rakyat Perak menolak UMNO/BN pada pilihan raya negeri Perak kelak. Pemilihan Perak ada satu kesilapan besar kerana rakyat negeri itu masih segar dengan rampasan kuasa dan mereka pasti bangkit untuk menegakkan demokrasi yang dimusnahkan oleh UMNO/BN selama ini dan hak mereka dalam menentukan siapakah yang wajar memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Comments