Gengster BN Serang Markaz PAS

Pagi tadi lebih kurang jam 5 pagi, berlaku satu kekecohan apabila gengster dari BN menyerang markaz milik PAS ketika para petugas PAS bersiap sedia untuk turun padang hari ini. Kejadian ini amat memalukan kerana tindakan ganas gengster BN seperti budak-budak hingusan yang baru mengenali dunia.

Apakah yan g menyebabkan mereka menyerang markaz PAS? Apakah yang mereka mahu dari PAS? Itu sebenarnya tanda-tanda BN akan jatuh ditangan Pakatan Rakyat sekali lagi jika mereka masih menggunakan taktik jahil dan dangkal ini bagi tujuan mendapatkan sokongan rakyat.

Yakinkah BN akan menang jika sikap mereka seperti ini? Rakyat sudah meluat melihat kerenah BN ini. Pemuda PAS amat kecewa dengan sikap dungu segelintir gengster yang diupah oleh BN semata-mata mencapai hajat sedangkan pada masa yang sama pemimipin mereka sudah terpalit dengan rasuah yang mana semua rakyat dan orang BN tahu calon mereka adalah korup dan calon kitar semula.

Itulah calon BN. Calon kitar semula. Prinsip BN mudah sahaja. Jika kamu lindungi peribadi aku (Najib berkhalwat dengan seorang artis), aku akan melindungi masalah peribadi kamu (Isa yang rasuah).

Comments