Thursday, 8 October 2009

BN Guna Pedang Samurai Tetak Pemuda PAS?

Tindakan gengster yang menyerang pemuda PAS Pusat jam 5 pagi tadi dikatakan menggunakan parang dan pedang samurai yang mana melibatkan 10 orang pemuda PAS tercedera akibat terkena pedang samurai tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Ramai lagi petugas PAS dipukul, malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Foto-foto yang diterbitkan akhbar sebelum ini menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah di kepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan akibat ditetak dalam serangan tersebut.

Bila ditanya kepada pihak polis, mereka mengatakan tidak mengetahui apa-apa yang berlaku sedangkan di kawasan tersebut paling banyak polis yang meronda. Apakah sikap polis yang lepas tangan ini membuktikan mereka sudah takut kepada gengster?

Pemuda PAS berhasrat membuat aduan polis jam 6 petang ini di balai polis Port Dickson.

Laporan akan menyusul dari masa ke semasa dari kijang59 di Bagan Pinang

6:20 p.m

0 Komen: