Wednesday, 23 September 2009

Papan Tanda Jawi di Kelantan

Satu-satunya negeri yang menggunakan papan tanda jalan dengan tulisan jawi adalah kerajaan negeri Kelantan. Papan tanda tersebut telah ditukar dengan tulisan jawi diutamakan manakala tulisan lain sebagai tulisan kedua. Huruf jawi dibesarkan dan huruf rumi dikecilkan dengan pelbagai bahasa. Tujuannya adalah mengembalikan semula martabat tulisan jawi yang selama ini cuba dihapuskan oleh UMNO/BN.

Sebelum ini papan tanda tersebut hanyalah berbahasa melayu lebih diutamakan dan tulisan jawi hanyalah sebagai tulisan kedua. Selepas kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah berjaya merealisasikan tulisan jawi yang selama ini dianggap oleh UMNO/ BN tidak penting. Bersesuaian dengan slogan kerajaan negeri Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam.

Semoga apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dicontohi oleh mana-mana negeri Pakatan Rakyat yang lain serta negeri yang diperintah oleh UMNO/BN yang selama ini cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi sehinggakan sanggup mengetengahkan bahasa asing seperti bahasa Inggeris.

0 Komen: