Pahang Bankrap RM5 Bilion?


Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah ungkapan yang terpaksa ditelan oleh rakyat Pahang apabila negeri mereka menghadapi saman berjumlah RM5 bilion.

Sebelum ini rakyat Pahang menanggung dua saman berjumlah hampir RM300 juta dan kini dibebani lagi dengan tiga saman daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama. Ini bermakna dalam tempoh April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob telah disaman hampir RM600juta oleh empat buah syarikat.

Paling mengejutkan keseluruhan saman tersebut adalah berjumlah RM5 bilion termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Tan Sri Khalil Yaakob. Ke semua saman terhadap kerajaan negeri adalah berkaitan dengan rasuah, kronisma, penyelewanggan dana dansalah urus tadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh UMNO/BN.

Jumlah saman RM5 billion itu jika dibahagikan purata penduduk Pahang yang berjumlah 1 483 600 orang, setiap rakyat negeri itu termasuk bayi yang baru lahir dan masih dalam buaian terpaksa menanggung jumlah RM3370.

Saman terbaru berjumlah lebih RM100 juta difailkan oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan Asia Chart Sdn Bhd berjumlah RM200 juta. Kedua-dua syarikat terbabit menfailkan saman dua minggu yang lalu ekoran keingkaran penjajian pembalakan.

Seruan Gemilang Makmur juga April lalu telah berjaya mendapatkan perintah ‘mandamus’ daripada mahkamah bagi Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan.

Selang tiga bulan kemudian, kerajaan negeri tersebut disaman sekali lagi oleh dua buah syarikat berjumlah lebih RM200 juta. Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd masing-masing menfailkan saman bernilai RM209 juta dan RM24 juta yang juga melibatkan kes pembalakan.

Sekarang sudah terbukti Pahang adalah negeri yang akan diswastakan kepada mana-mana Negara yang kaya. Kemungkinan UMNO akan gadai Tanah Melayu ini kepada Negara Barat atau kemungkinan diambil alih oleh Israel yang mana konsep 1Malaysia adalah sama dengan 1Israel. “Hidup Melayu, Pembunuh Melayu, Melayu Hilang”?

Comments