Monday, 24 August 2009

Siapa Kak Pora Penghina Islam?



Merujuk kepada ruangan Berita Minggu 23 Ogos 2009 ruangan BIPOP muka 3, Kak Pora yang bertopengkan manusia telah menghina Islam serta mengaitkan orang alim adalah sama jahat. Ini merupakan satu penghinaan kepada Islam.


Siapa sebenarnya Kak Pora ini? Kerjanya hanya melaga-lagakan orang serta meruntuhkan rumah tangga orang. Beginilah sifat syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka mencaci dan menghina agama hanya kerana kepentingan peribadi serta jadi kambing hitam golongan tertentu.


Di bawah ini ada kenyataan medianya yang hanya bercakap membabi buta. Kak Pora ini sebenarnya penghina serta merosakkan hubungan keluarga individu. Sifatnya dengan syaitan tidak jauh kurangnya malahan melebihi syaitan.


0 Komen: