Ramadhan Pun Ada Syaitan Melalak


Begitulah yang berlaku di bulan ramadhan yang mulia ini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa serta mengerjakan amal ibadat di malam harinya dengan menunaikan solat terawih.


Tetapi sebaliknya berlaku di Peringgit, Melaka berhadapan stesen bas di Melaka Sentral. Diketika umat Islam yang lain mengerjakan solat terawih dan bertadarus di malam hari, ada segelintir syaitan melalak di kawasan tersebut berhampiran gerai jualan ramadhan.


Pelbagai lagu yang diputar seperti tidak ada apa-apa pengisian di bulan yang mulia ini. Inilah golongan syaitan yang bertopengkan manusia yang tidak tahu menghormati ramadhan serta melanggar hokum Tuhan. Inilah golongan yang menolak Islam dari kalangan puak secular. Syaitan yang memutarkan lagu itu bukanlah dari kalangan orang bukan Islam malahan dari raut wajah Melayu yang selama ini dilaungkan oleh UMNO.


Sudah terbukti UMNO ini anti Islam dari dulu, kini dan selamanya selagi ia tidak dikuburkan. Bermula sahaja bulan ramadhan, aktiviti melalak ini juga beraksi serentak. Sepatutnya kerajaan negeri Melaka yang diketuai oleh Ali Rustam sedar akan perkara ini. Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pun turut sama memeriahkan keadaan ini. Tugas MBMB sepatutnya mengawal keadaan dan bukannya sebagai kaki alak. Ramai anggota MBMB yang terlibat termasuklah polis dari cawangan khas. Apa ke jadahnya mereka berada di situ? Lebih baik mereka pergi solat terawih.


Sudah sekian lama mereka bergelumang dengan perkara-perkara yang kurang elok dan inilah masanya yang sesuai untuk polis dan pihak berkuasa tempatan memohon taubat dari Tuhan setelah sekian lama menjadi syaitan pemimpin politik UMNO ini.


Jika saudara tidak percaya, maka bolehlah pergi ke Peringgit untuk menyaksikan syaitan menyalak dengan keadaan system bunyinya yang menggangu ketenteraman awam. Jika mahu pergi juga, eloklah berbuat demikian selepas solat terawih. Jika pergi ketika solat Isyak atau terawih maka saudara juga tergolong dikalangan syaitan-syaitan tersebut.


Ubahlah sebelum parah dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh Allah. Kalau rasa nak masuk neraka, buatlah. Kamu yakin kamu boleh hidup lama?

Comments