Pembangunan UMNO Yang Ditolak


UMNO/BN sering mengugut rakyat dengan pelbagai pembangunan namun pembangunan mereka harapkan dari pengundi adalah sebaliknya. Taktik yang mereka gunakan setiap kali pilihan raya kecil seakan memakan diri serta menempah maut secara langsung.


BN sudah ketandusan isu sehinggakan menggunakan isu-isu basi dan luput sebagaimana luputnya pemikiran pemimpin UMNO. Pemimpinnya bukanlah sehebat seperti yang kita tahu. Buktinya jelas ketika berlangsungnya Pilihan Raya Kecil N.11 Permatang Pasir yang mana calonnya mempunyai masalah moral dan pecah amanah yang melesapkan duit Koperasi Pekebun Getah berjumlah RM140 ribu.


Itulah calon-calon UMNO/BN yang tiada kredibiliti. Mereka meletakkan sesiapa sahaja untuk bertanding di mana-mana ada kerusi kosong walhal mereka sebenarnya kehabisan calon. Calon bermasalah pun mereka sanggup letak demi menjaga nama baik BN. Kalau mereka tidak letak calon, maka mereka akan menaggung kemaluan yang besar dari rakyat.


UMNO sememangnya tiada kemaluan kerana meletakkan calon yang bermasalah. Sememangnya UMNO/BN patut menarik diri di era politik Malaysia yang semakin mencabar ini. Buktinya mereka gagal menyaingi Pakatan Rakyat dalam membela isu rakyat. Slogan yang di laungkan Perdana Menteri mengenai 1Malaysia sepatutnya merujuk kepada hanya ada satu parti komponen sahaja dalam Negara iaitu Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP). Itulah dinamakan 1Malaysia.


Slogannya pula sepatutnya ditukar dari “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” kepada “Pakatan Membela Rakyat, Penyingkiran UMNO/BN Diutamakan”. Itulah sepatutnya slogan yang yang menjadi teras perpaduan rakyat Malaysia dan bukannya perkauman yang dimainkan oleh UMNO/BN.


Slogan 1Malaysia yang dicanang oleh Najib sebenarnya datang dari Israel. Maka kesimpulannya bahawa di Palestin rakyatnya ditindas dengan kekejaman Israel tetapi di Malaysia rakyatnya ditindas oleh kekejaman UMNO/BN. Itulah persamaan yang berlaku dan kesimpulannya yang dapat dirumus adalah 1Malaysia dan 1Israel adalah sama cuma berbeza lokasi yang mana Israel di Asia Barat dan Malaysia di Asia Tenggara.

Comments

LegendZ said…
UMNO yang tiada 'kemaluan'...

mahal statement ni..ahaha