Lembaga Nanas Lindungi Rakyat Myanmar di Pekan?


Percayakah anda bahawa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia melindungi rakyat Myanmar semata-mata untuk menambah undi Najib di Parlimen Pekan? Najib telah menempatkan perkampungan Rohingya dari Myanmar di kawasan Pekan di mana kawasan beliau bertanding untuk pilihan raya semenjak tahun 2009.

Sumber dari laman web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengesahkan kewujudan Projek Tanaman Nanas seluas 200 ekar di Kg. Baru Cenderawasih, Sg.Miang, Pekan. Menteri Industri Asas Tani, Mustapha Mohamad pernah ke lokasi tersebut pada 28 Februari lalu.

Projek tersebut bermula pada 2007 hingga kini dan disertai oleh 26 peserta di bawah Projek RTB (Rancangan Tanaman Baru) di bawah LPNM yang mewakili 130 penanam nanas. Sehingga kini seluas 130 ekar telah ditanam nanas variety N36 dan Josapine sementara baki 70 ekar masih belum diteroka.

Inilah pemimpin UMNOyang sanggup menggunakan LPNM dan Jabatan Pertanian semata-mata untuk mengekalkan kerusi Pekan. Rakyat sendiri ditindas di negara sendiri manakala rakyat asing dijaga dengan sepenuhnya seperti pepatah UMNO “Kera Mekwok Ali Dijaga, Rakyat Melaka dipinggirkan”. Begitu dangkalnya seorang pemimpin UMNO yang sanggup tengok orang melayu Pekan merempat di tempat sendiri. Mana slogan “Hidup Melayu” yang dilaungkan oleh UMNO selama ini?

Pemimpin UMNO sememangnya fasik dan munafik. Itulah yang paling sesuai. Mereka lebih bertuhankan duit, pangkat, harta dan wanita semata-mata untuk kepentingan nafsu serakah mereka. Sanggup bunuh wanita semata-mata mahukan komisyenyang tinggi. Betul-betul jahil mereka ini.

Comments