Saturday, 15 August 2009

Bukti UMNO Tolak Islam dan Sokong Arak


  1. Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu membidas Tindakan JAIS menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas bersama dengan 24 orang Islam yang lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.
  2. Isu serbuan JAWI di kelab Zouk pada 13 Januari 2005 dan menahan penyanyi Jeslina Hashim, 27 dan beberapa pengunjung Islam atas dakwaan meminum arak. Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, Khairy Jamaluddin mengkritik pihak JAWI malah menegur exco pemuda UMNO, Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong Tindakan JAWI. Khairy menyatakan tindakan Shamsul hanya pandangan peribadi dan bukannya pendirian Pemuda UMNO.
  3. Ekoran bantahan pemimpin UMNO, pada 15 Februari 2005, JAWI mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap Jeslina dan rakan-rakan muslimnya yang turut ditahan di kelab tersebut.

0 Komen: