Apa Kata Sumbat Magaran Dalam ISA

Tindakkan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang cuba menjadi wira negara dalam mempertahankan akta ISA merupakan satu tindakan bodoh dan jahil serta tidak bertamadun dan berakal.


Penasihat Undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendesak agar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) agar tidak mengadakan perhimpunan di ibu Negara sabtu ini yang dikhuatiri akan mengganggu lalu lintas adalah tidak berasas dan tidak betul.


Sebelum ini keganasan yang dilakukan oleh pihak keselamatan bukannya dari pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut. Adakah beliau lupa dan nyanyuk? Apa kata polis dengan kerjasama Menteri Dalam Negeri sumbat beliau dalam ISA selama 60 hari tanpa membicarakan kesalahannya dan biar dia rasakan apakah kesudahannya?


Mereka hanya petah bercakap namun bodoh dari segi pemikiran. Mereka hanya mempertahankan sesuatu yang tidak lagi relevan digunakan pada zaman sekarang. Selepas ini biar polis tangkap mereka dan jangan dibicarakan mereka agar mereka tahu pahit pedih mereka yang ditahan di Kem Kamunting tanpa dibicarakan.


Dia juga berkata akan mendapatkan permit untuk melaksanakan perhimpunan rimba pro-ISA agar bersaing dengan GMI. Memang betul-betul bodoh Penasihat Undang-undang ini. GMI berhimpun bukan untuk melayan kerenah bodoh pro-ISA tetapi menuntut ISA dihapuskan. Kenapa Magaran sibuk-sibuk mahu berdemonstrasi pada tarikh yang sama.


Alangkah bodohnya mereka yang belajar setakat sokong tanpa mengetahui objektif utama. Mereka memang kuda tunggangan membela ISA. Selepas ini biar polis sumbat mereka dalam ISA dan baru mereka tahu betapa peritnya mereka yang berada dalam penjara tanpa dibicara.

Comments