Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Wednesday, 17 June 2009

Negara 1 Malaysia Adalah Tempat Penyeludupan Manusia?

Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.

Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.

Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.

Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam tersebut.

Sumber: Malaysiakini

0 comments: