Tuesday, 16 June 2009

Muhyiddin Tidak Jujur!

"Muhyiddin SMS, lalu bertanya GMP apa khabar? Saya jawab, khabar tak baik," kata beliau. "Tapi, SMS itu dilayangkan kepada saya ketika beliau belum lagi menjadi Menteri Pelajaran. Sekarang, dia dah jadi Menteri Pelajaran, tak tahulah apa tindakannya."

Dalam mesyuarat GMP bersama Anwar juga, syor Suhaizan Kayat yang mencadangkan agar tindakan politik disusun untuk menakutkan Umno dalam isu PPSMI ini. Maksud beliau, ialah menyerang kubu kuat Umno di Johor.

Ainon Mohd menganggukkan kepalanya, menandakan persetujuannya terhadap usul itu, lalu beliau menambah, "Itu cara yang tepat selepas hujah menolak PPSMI ditolak."

Ada lagi syor lain seperti mengedar poskad sebagai usaha mewujudkan tekanan terhadap Najib. .

Kalaulah pendirian ketika membentangkan kertas kerja itu yang menjelaskan betapa perlunya penulis muda berjuang memansuhkan PPSMI, berjuang mempertahankan editor sastera aliran perdana dianggap celupar, maka ya, rela digelar penulis celupar!

0 Komen: