Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 4 June 2009

Bagaimana PR Menang, BN?

Pendekatan turun padang bertemu pengundi sasaran secara bersemuka dan kemaufakatan kepimpinan ketiga-tiga parti membantu dari segi penerangan setiap malam akhirnya membuahkan kemenangan kata, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail.

Beliau ketika ditemui di Yayasan Aman, Penanti menambah, bila Umno dan Barisan Nasional (BN) mengistiharkan tidak menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti semua strategi Pakatan Rakyat berubah.

"Strategi kena berubah daripada menyerang kepada penerangan. Jika BN sertai pilihanraya lain pula caranya kita berhadapan dengan parti itu. Tetapi bagaimana pun saya bersyukur dengan keakraban kerjasama yang baik telah terbukti hari ini, " ujarnya.

Dua hari sebelum mengundi tegasnya, jentera wanita KeADILan Bahagian telah berjaya bertemu 3,369 pengundi tegar dan satu lagi kumpulan diketuai oleh Wanita KeADILan Pusat bertemu 3,021 sasaran.

Ini merupakan kemantapan yang dikehendaki oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan pengalaman ini sambungnya akan dibawa ke DUN Manik Urai tambahan lagi Umno dan BN awal-awal lagi telah bertekad meletakan calon tentu ada strategi mereka yang baru.

"Kita kena hati-hati untuk berhadapan dengan BN kali ini dan kita akan pergunakan pengalaman kemenangan yang dilalui di setiap pilihan raya kecil lalu termasuk Penanti, " katanya.

Pihak KeADILan juga merakamkan terimakasih pada Presiden PAS, pemimpin tertinggi PAS, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat dan pimpinan DAP kerana sudi datang untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Penanti.

"Selepas ini giliran KeADILan pula membantu PAS di Manek Urai. Kita akan pergi beramai-ramai, " katanya diiringan laungan 'Allahu Akbar'.

Sumber: Harakahdaily

0 comments: