Silakan SPRM...

Ini adalah strategi dan publisiti murahan oleh pihak calon bebas yang mendakwa dirasuah supaya menarik diri dari bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, 31 Mei ini.

“Pilihanraya di Penanti adalah yang paling membosankan kerana tidak ada pertandingan sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tidak ada sebab mengapa kita nak merasuah calon bebas untuk tidak bertanding,” jelas Pengarah strategik KeADILan Tian Chua.

Berikutan dakwaan calon bebas Aminah Abdullah yang mahu mendedahkan bukti bahawa KeADILan cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya kecil tersebut.

Aminah, 57, dilaporkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Semalam, selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), beliau berkata akan
membongkar dengan memberi bukti bahawa KeADILan ada menawarkan rasuah terhadap beliau selepas mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya kali ini.

“Jika beliau benar-benar ada bukti kukuh silakan ke SPRM untuk membuat laporan, tidak perlu hanya cakap-cakap untuk menarik perhatian dengan publisiti murahan,” kata beliau kepada Suara Keadilan.

Tuduhan tidak berasas dan amat menjijikan yang sedikitpun tidak melambangkan sebagai seorang pemimpin yang berwibawa. “Pertandingan di Penanti kali ini tidak meriah jadi pihak Pakatan Rakyat amat mengalu-alukan calon bebas untuk memenuhi suasana di Penanti,” kata beliau lagi.

Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita KeAdILan Pulau Pinang turut menafikan beliau ditaja oleh Umno untuk bertanding mencabar calon KeADILan Dr. Mansor Othman, 59, yang juga timbalan ketua perhubungan parti itu di Pulau Pinang.

Seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, berkata beliau menyasarkan memperoleh kira-kira 6,200 undi pada pilihan raya

Dr. Mansor pula dipetik berkata beliau yakin memang pilihanraya kecil itu.

“Kita punya jentera pilihanraya dengan bantuan Dap dan Pas akan membantu dan kita yakin mampu menang pilihan raya ini,” katanya.

Kerusi Dun Penanti kosong berikutan perletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin.

Sumber: Malaysiakini

Comments