Nizar Adakan Sidang Akhbar

Anggota media berasak-asak di ruang mahkamah untuk hadir sidang akhbar Nizar Jamaluddin berikutan Mahkamah Rayuan hari ini akan beri keputusan rayuan Zambry Abd Kadir pada pukul 3.30 petang esok.

Nizar berkata, beliau menaruh keyakinan kepada keputusan mahkamah esok.

Peguam Nizar Jamaluddin, Sulaiman Abdullah meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengan keputusan penghakiman yang lepas.

Hujah beliau, “Kami bukan menyanggah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan tetapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan.”

Sulaiman berhujah bahaewa Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran Dun mengikut peruntukan Perkara 36(c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Datuk Cecil Abraham.

“Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan,” kata Sulaiman.

Sulaiman Abdullah selesai berhujah. Ranjit Singh pula memulakan hujah menyokong hujah-hujah Sulaiman. Seteleh Ranjit selesai berhujah diikuti oleh Cecil Abraham membuat penggulungan bagi pihak Zambry Abd Kadir.

Sumber: Suara Keadilan

Comments