Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Saturday, 30 May 2009

Kerajaan BN Seperti Drakula

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim membidas pakej rangsangan ekonomi yang tidak langsung memberi kesan kepda kemelut ekonomi negara.

“Pada ketika rakyat Malaysia terpaksa berjimat cermat dan resah samada pendapatan mereka mampu menanggung sara hidup, kerajaan kita pula terus menerus mencurahkan ribuan juta dana awam secara culas,” tegas Anwar dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Kata Anwar, “Kerajaan mendabik dada kononnya sudah ribuan juta diagihkan dari kantung dua Pakej Ransangan Ekonomi tersebut, namun tidak ada maklumat yang disediakan untuk penelitian umum berhubung proses pemberian tender kerajaan.

“Ini membuatkan rakyat beranggapan pakej tersebut tidak memberi kesan kepada mereka dan menimbulkan rasa sangsi kepada kita bagaimana ekonomi akan pulih sekiranya dana yang ada hanya untuk kepentingan syarikat milik kroni pemerintah,” jelas beliau.

Menurut Anwar lagi, ketidakcekapan dan pembaziran merupakan ciri utama birokrasi kewangan negara ini.

“Monopoli pastinya menghambat sebarang hasrat untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia dan program liberalisasi akan hanya terbantut kerana tidak ada iltizam untuk melaksanakan perubahan,” jelas Anwar.

Sehingga kini tidak ada sebarang perancangan jelas untuk melaksanakan perubahan serta memulihkan ekonomi negara sepertimana yang dijanjikan. Kenyataan oleh Perdana Menteri bahawa negara kita akan pulih menjelang akhir tahun menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

“Ini adalah kerana Perdana Menteri pada ketika yang lain, menyatakan bahawa ekonomi negara kita bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah; yang mengakui ekonomi mereka hanya akan pulih menjelang tahun 2010,” kata Anwar lagi.

Minggu ini Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia-kecuali menteri kewangan- selama lapan bulan ini. Negara ini diambang kemelesetan. Kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup.

Berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja. Pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5%(-5%), kedudukan ekonomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru.

“Justru, cabaran yang mendatang memerlukan pemimpin yang mampu menangani krisis ini dengan berani dan bertindak menentang rasuah dan kronisme. Sayangnya kualiti tersebut tidak ada pada pentadbiran yang baru ini,” kata Anwar.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments: