Ditangkap Oleh Interpol Mongolia Jika Keluar Dari Malaysia

Dikirim pada Mei 18, 2009 oleh HermanSamsudeen

Pendedahan 11 media antarabangsa terhadap Najib berhubung kes pembunuhan Altantuya boleh menyebabkan beliau ditangkap oleh Interpol Kerajaan Mongolia jika beliau keluar dari sempadan negara. Kes Altantuya menjadi satu isu penting diluar negara.

Walaupun sudah hampir 2 bulan Najib menjadi Perdana Menteri, tiada satu pun Kerajaan luar yang mengirimkan ucapan tahniah atau delegasi khas untuk mengucapkan salam tahniah buat beliau. Ini juga mengundang persoalan terhadap persepsi dunia kepada kepimpinan Najib. Adakah mereka memprotes Najib?

Pertuduhan 11 media itu amat berat dan boleh menjadi alasan untuk Polis Mongolia membuka kes terhadap beliau memandangkan mangsanya adalah rakyat mereka.

Sehingga kini Najib hanya berani membuat lawatan ke Indonesia dan Brunei. Setakat itu sahaja yang diboleh buat masa ini. Jika Najib ke melawat lain pula, tidak mustahil Kerajaan diluar negara akan menimbangkan untuk Najib di ektradisi ke Mongolia.

Kedudukan ini amat bahaya selagi Najib tidak membersihakan nama beliau. Tidak dapat kita bayangkan jika Najib ditahan dipenjara mongolia dan disoal siasat disana. Mampukah beliau hadapi semua itu. Dengar kata penjara disana teruk, makanannya tak sama dengan makanan hotel 5 bintang yang biasa Najib santap. Tak boleh nak bayanglah keadaan Najib nanti.

Jika Altantuya itu rakyat Amerika yang terkenal sebagai Negara Polis dunia, mungkin pada masa ini Najib sudah ditahan di penjara Guatanamo Bay dan disoal siasat. Mujurlah dia hanya seorang rakyat Mongolia, jadi proses itu lambat dan belum berlaku, tetapi tidak mustahil akan berlaku.

Maka wajarlah Najib menyaman 11 media itu jika ternyata laporan mereka itu tidak benar bagi melindungi diri beliau terutamanya bila berada diluar Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Ust Nasaruddin Mat Isa dalam Ceramahnya di Stadium Melawati baru-baru ini menyebut bahawa;

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato’ Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

“Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat…, walaupun jumlahnya tak sebanyak komisyen kapal selam, tapi banyak juga tu..”

Saya setuju dengan pandangan Ust Nasharuddin, Najib perlu contohi ketegasan dan keberanian Presiden Pas dan menyaman media berkenaan untuk membersihkan nama beliau. Jika beliau tidak melihat perkara itu perlu bagi diri beliau, Najib wajar memikirkan maruah rakyat dan negara ini. Sesungguhnya kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung menjadikan Negara dan rakyat Malaysia sebagai mangsa hinaan dan cercaan kerana memiliki Perdana Menteri yang penuh skandal sepertinya.

Najib perlu saman, jika tidak rakyat Malaysia yang terasa terhina atau dicerca oleh rakyat asing boleh menyaman Najib kerana beliaunya yang menjadi punca mereka turut terpalit dengan isu berkenaan seolah-olah rakyat negara ini bersekongkol dengan Najib yang terus berdiam diri.

Najib perlu saman 11 media itu segera dan memenangi saman itu untuk pulihkan keadaan. Itu sahaja.

p/s-Kalau Najib menang, pastinya populariti beliau akan melonjak naik, tapi kalau kalah macam mana? Polis Malaysia boleh buka fail kes ker?

Difailkan dalam: Antarabangsa,

Comments