Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 2 April 2009

Mahfuz Saran Pemilihan UMNO Diadakan Semula

SHAH ALAM – Pemilihan UMNO perlu dilaksanakan semula jika benar dakwaan Lembaga Disiplin terdapat pemimpin yang memegang jawatan tertinggi dalam parti disiasat kerana terbabit politik wang.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika perkara ini tidak dilaksanakan ia menggambarkan barisan Kabinet dilantik nanti adalah pengamal rasuah.

Beliau berkata, sepatutnya Lembaga Disiplin bertindak lebih awal jangan hanya menunggu selepas perhimpunan berbuat demikian kerana mereka mengetahuinya lebih awal.

“Perkara ini harus diambil berat oleh semua pihak, jika benar berlaku, pemilihan harus dijalankan semula, kalau dibiarkan barisan menteri dilantik nanti tercemar dengan amalan politik wang, ini akan merugikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas bahawa ada pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat.

Sinar Harian – 2 April 2009

0 comments: