Jalan Tanggungjawab Dengan Berwibawa

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melaksanakan tugas beliau dengan berwibawa di dalam pentadbiran kelak.

Dengan keadaan ekonomi yang kian merosot masa kini, katanya, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa rakyat keluar dari kancah masalah.

“Kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu dieratkan, malah saya akan turut hadir pada majlis angkat sumpah beliau di Istana Negara, esok.

“Saya juga berharap agar keamanan dapat sentiasa dipupuk dalam memakmurkan negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, dasar-dasar baru yang bakal diwujudkan Najib diharap lebih menjurus kepada kepentingan rakyat di samping menjunjung konsep demokrasi yang telah diamalkan di negara ini.

Menurutnya, selain adil dalam segala polisi yang bakal dijalankannya, Najib juga perlu menyertakan pembabitan kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Comments

Anonymous said…
Salam ziarah. Sekadang membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...