Perjuangan Selepas Raya

Setelah berlalunya Ramadhan, kita sebagai umat Islam tidak seharusnya lupa bahawa puasa sebenarnya bukan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi di bulan-bulan lain kita digalakkan untuk berpuasa terutama puasa enam di bulan Syawal.

Oleh itu sama-sama kita kejar keberkatan yang telah disediakan oleh Maha Pencipta kita. Pada bulan Syawal yang mulia ini, sama-sama kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bukan di hari raya sahaja kita perlu bermaaf-maafan tetapi setiap masa sekiranya melakukan kesilapan. Mereka yang memaafkan saudara-saudaranya itu tandanya mereka bersyukur dan jika tidak memaafkan maka itu tanda mereka tidak bersyukur. Mereka yang tidak memaafkan saudaranya itu, Tuhan tidak akan memakbulkan segala permintaan doanya, hatinya tidak bersih dan dibelenggu dengan perasaan ego yang tinggi. Orang yang tidak memaafkan orang lain tandanya dia tidak bersyukur dengan nikmat yang ada maka orang ini akan menerima azab yang pedih akibat tidak mensyukuri nikmat yang ada.

Bersama-sama kita memaafkan sahabat-sahabat yang melakukan kesilapan yang lalu dan usah diungkit perkara-perkara yang telah berlalu kerana setiap yang berlaku adalah kelemahan manusia yang tidak sempurna.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Comments