Minyak turun lagi

Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Sebahagian petikan daripada Utusan online 15 Oktober 2008

Tahukah Anda!!!

Harga sepatutnya minyak dijual kepada rakyat selepas 15 Oktober 2008

Harga setong = AS$ 77
Setong = 150 Liter
1 AS$ = RM 3.51
Jadi kalau AS$ 77 x 3.51 = RM 270.27 setong

Harga Seliter = RM 270.27 / 150 Liter
= RM 1.80/Liter

Harga Sepatutnya = Harga Seliter – Subsidi Kerajaan
= RM 1.80 – RM 0.30
= RM 1.50/Liter

Kerajaan Tipu Rakyat = Harga 15 Oktober 08 – Harga Sepatutnya
= RM 2.30 – RM 1.50
= RM 0.80/Liter

Comments