Rakyat Malaysia Kuat Merungut Harga Minyak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, bahawa rakyat Arab Saudi tidak banyak mengadu mengenai kenaikan kos petrol di negara mereka seperti yang dilakukan oleh rakyat negara ini.

"Harga minyak naik. Kita naik 3sen orang complaint (mengadu).

"Sana (Arab Saudi) naik 136 peratus semalaman. Dia merungut tapi tak macam kita," kata Najib dalam ucapannya pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Katanya, Arab Saudi mencontohi Malaysia dalam melaksanakan cukai GST dan rakyat Malaysia yang melawat negara itu tidak mengeluh tentang perlu membayar GST di sana.

"Mereka hanya mengadu di Malaysia," kata Najib, yang berada di Arab Saudi minggu lalu dalam rangka lawatan kerja.

Perdana Menteri berkata GST itu bertujuan untuk mengagihkan semula pendapatan di Malaysia.

M/kini

Comments

Mohtar said…
dulu dizaman Tun tiada GST, kenapa najib zalimi rakyat hari ini dgn GST...?
pendapat perr kapita rakyat malaysia sangat rendah dibanding arab saudi, usahlah membanding malaysia dgn negara yg kaya tesebut..
hakikatnya dizaman najib rakyat bertambah miskin....kenapa najib tak mahu memahami kesusahan rakyat...?
Sebab najib tak pernah rasa susah sejak kecil.Dia umpama lahir atas dulang emas.Kita semua rakyat marhein lahir disambut bidan kampung beralaskan kain buruk.