Malaysia Tolak Bantuan Interpool dan Rancang Kehilangan MH370?


Polis Malaysia dilaporkan beberapa kali menolak bantuan polis antarabangsa Interpol bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH370.

Seorang pegawai kanan penguatkuasaan  undang-undang Barat dipetik oleh ABC News yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai berkata, Interpol menawarkan bantuan beberapa kali tetapi ia ditolak setiap kali oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Ia pendekatan sebelum (tragedi) 9/11: maklumat dipegang erat, tidak berkongsi apa-apa,” pegawai itu dipetik sebagai berkata.

ABC juga menyebut, pegawai penguatkuasaan undang-undang kini bimbang masa yang kritikal terbuang begitu sahaja dan sumber maklumat mungkin sudah hilang minggu lepas.

“FBI juga tidak diundang oleh kerajaan Malaysia untuk membantu di lapangan,” kata sumber.

Pesawat MH370 terbang dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, jam 12.40 pagi. Ia sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi tetapi hilang secara misteri daripada radar awam pada jam 1.21 pagi.

Comments