Cincin RM24juta Bukan Rosmah Punya, Habis Tu Siapa Punya?


Tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co akhirnya tampil menyokong penjelasan isteri perdana menteri Rosmah Mansor bahawa cincin kontroversi RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya.

Dalam sebuah wawancara video, Pengarah Barang Kemas Jacob & Co Philip Nassimi (kiri) berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

"Ia dibawa untuk pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk perhatian Maira Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor

"Oleh kerana Maira Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar dengan keadaan begitu.

"Alasan kenapa dalam House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor, kerana untuk menghantar barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur - ia perlu dihantar bawah jagaan rakyat tempatan Malaysia dan bukannya warga asing," katanya.

Beliau menjelaskan, House Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke dalam atau luar negara.

M/kini

Comments