Kenapa Umur Perempuan US Lebih Lama?


WASHINGTON: Wanita memang diketahui sejak sekian lama hidup lebih lama berbanding lelaki, tetapi apabila perbandingan dibuat ke atas mereka yang berjaya mencapai umur satu abad, perbezaan itu memang sangat ketara.

Kajian terbaru menunjukkan hanya dua daripada 10 warga Amerika Syarikat (AS) yang hidup lebih 100 tahun adalah lelaki.

Biro Bancian AS menyatakan, daripada 53,364 penduduk negara itu yang mencapai usia sekurang-kurangnya seabad, lebih 80 peratus adalah wanita. Data itu yang diperoleh daripada bancian pada 2010 - juga menunjukkan individu berusia lebih 100 tahun kemungkinan besar penduduk bandar berkulit putih di Timur Laut dan Barat Tengah. “Ekoran perbezaan jantina dalam jangka hayat, jumlah wanita dalam populasi itu meningkat bersama usia. 

“Keadaan ini sangat benar dalam isu usia paling tua apabila peratusan wanita meningkat ketara,” kata laporan itu. Pengkaji juga mendapati bagi setiap 100 wanita berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, hanya ada 20.7 lelaki.

Walaupun keinginan mencapai usia 100 tahun tidak menarik perhatian seperti beberapa dekad lalu, pengkaji berkata, orang awam masih takjub melihat individu yang hidup mencapai tahap itu.

Buku Rekod Guiness yang mengiktiraf manusia paling tua di dunia berkata, status itu kini dimiliki wanita AS yang meninggal dunia minggu lalu ketika berusia 116 tahun, Besse Cooper. - Reuters

Comments