Tamrin Ghaffar Sertai PAS, Malam Ini Di Bukit Katil


Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah merupakan anak kepada Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Tamrin adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995.

Malam tadi, 11 Ogos 2012 di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin menyerahkan borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Bagi orang Melaka, malam ini beliau akan menyampaikan ceramah yang pertama beliau sebagai seorang ahli PAS. Pada malam ini juga beliau akan bergandingan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah di Bukit Katil selepas solat terawih. 

Kepada yang ingin menyaksikan Tamrin, dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan suasana orang Melayu tinggal UMNO.




Comments