Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Melaka Negeri Maju Tapi Cuba Tengok Ni

Thursday, 21 June 2012

Klik gambar pembesaran imej

Harapkan negeri maju bak kata Ali Rustam. Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ataupun dengan kata lain Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia. Nak tergelak dengan slogan Pak Pandir gua baca.

Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia yang tidak boleh belah. Patutlah ramai orang melayu jadi tidak cerdik di bawah pemerintahan UMNO/BN bahkan ada yang tidak berapa pandai dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu kerana terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris. Well, you know me!

Di Malaysia mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi di Melaka apa yang ada sebenarnya? Macam mana boleh katakan Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia? Kata-kata syok sendiri memang menjadi lumrah kepada pemimpin BN Melaka.

Maka dalam sedar atau tidak masih ada penyalahgunaan bahasa dalam papan tanda yang menjadi lambang kebanggaan orang melayu Melaka. Dulu ada juga pak menteri menyarankan supaya bahasa melayu diutamakan. Bahasa jiwa bangsa. 

Perbetulkanlah ayat-ayat yang kurang elok itu. Nanti jatuh standard Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Selepas ini akan ramai datang melancong ke Melaka kerana Melawat Melaka seperti Melawat Malaysia. Cuma yang tidak ada dalam Melaka, penerbangan yang sibuk. Itu pun kena bayar.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat