Melaka, Negeri Islam Paling Rosak Dalam Malaysia


Apa sudah jadi dengan Melaka? Belum reda isu ADUN dalam kelab malam, timbul pula isu orang dalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terlibat dengan gejala tidak sihat dan merosakkan nama Islam. Individu tersebut meminta suapan wang dan  perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.
   
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang  13 Februari 2010.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.


Beginilah didikan agama dari UMNO. Rosak rakyat dan punah agama Islam jika yang menjaga kepentingan agama adalah dari hantu jelmaan bomoh. Kalau orang atas seperti Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka boleh buat sesuatu dalam kelab malam, inikan pula pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ada statistik mengatakan bahawa Melaka hanya 20 peratus sahaja menerima Islam. Apa UMNO sudah lakukan di Melaka sehinggakan pemimpin sendiri yang ketagih seks, maksiat dan sebagainya. Hancur Islam Melaka jika masih terus berlaku seperti ini. Esok apakah berita yang akan keluar di dada akhbar berkaitan masalah moral di Melaka?

Comments