Najib Tidak Percayakan SB Kerana Liabiliti Kepadanya



Oleh kerana PRU 2008 menjadi penanda aras kelemahan Umno-BN yang semakin terhakis. Maka Umno-BN harus bergantung kepada laporan Kemas, maklumat Special Branch (SB) ataupun perisik tentera untuk maklumat-maklumat rahsia.

Selaku bekas Menteri Pertahanan, Najib dikhabarkan lebih percaya maklumat perisik tentera atau agen-agen Military Intelligent Officer (MIO). Modus operandi Kemas, SB dan MIO ini sebenarnya sama sahaja.

Namun, Najib lebih mempercayai MIO kerana maklumat dari Kemas sering tersasar, kerana beliau sering menerima laporan positif sedangkan maklumat di bawah negatif.

Begitu juga dengan SB. Kebanyakan SB yang berlonggok di markas-markas pilihan raya BN hanya hendak mengaut duit Umno.

Lalu jika SB membawa laporan negatif, maka mereka tidak akan dapat habuan lagi. Doktrin politik wang sudah merosakkan polis.

Maka Najib tidak ada pilihan selain daripada bergantung laporan MIO, untuk menentukan bilakah wajar Parlimen dibubarkan. Bolehkah BN menang lebih selesa daripada 2008. Justeru dalam kamus Najib, agenda menang besar sudah hampir mustahil.

Comments

wonder why said…
Nak minta laporan daripada MIO. Baik minta laporan daripada RPK. apa gunanya bayar RPK, duit banyak2 kalau tak minta daripada RPK. Dia kata dia punya source, bolih pakai 99.999999% Raja Putra Kamaruddin dah senang lenang sekarang cekek duit HARAM UMporNO. umno INI bodoh SANGAT NAK PERCAYAKAN rpk. RPK, kalau bahasa kasar dah 'MURTAD'Kerabat Selangor dah tak mengaku dia saudara mereka.