Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Siri 11: Melaka Panas!! Hari Ini JPN dan SPR Dalam MMU

Thursday, 12 January 2012


Pagi tadi kelibat bas Jabatan Pendaftaran Negara berada di MMU Bukit Beruang dalam meneruskan misi menukarkan alamat pengundi terutamanya mahasiswa memandangkan pilihanraya umum mungkin ada perubahan masa ekoran keputusan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mereka bergiat aktif dalam menukarkan alamat baru dengan alasan mahasiswa tidak mempunyai masa untuk membuat pendaftaran baru dan yang peliknya pendaftaran dan pertukaran alamat tertumpu dalam Parlimen Bukit Katil serta syarat lain adalah dengan mengundi BN.

Kelibat JPN dan SPR itu kali petama bagi tahun 2012 setelah operasi menukarkan alamat dihentikan pada hujung Disember tahun lalu dan kali ini UTEM dan MMU menjadi destinasi persinggahan SPR dan JPN. Mungkin niat JPN dan SPR itu baik tetapi ada agenda yang tersembunyi dalam pertukaran alamat.

Dalam video yang ditonton oleh pihak admin, ada kelibat yang mengatakan bahawa kamu tidak perlu risau untuk menukarkan alamat dan selepas pilihan raya kamu boleh menukarkembali ke alamat asal dan yang paling penting kamu mengundi BN pada pilihan raya akan datang.

PErlukah JPN dan SPR memberi syarat demikian? SPR dan JPN ini merupakan agen BN ke? Apa gunanya SPR dan JPN jika terlibat dengan parti pemerintah sedangkan dua organisasi itu perlu bebas dan telus dalam melancarkan pertukaran alamat dan bukannya meletakkan syarat untuk mengundi BN.

Pihak admin akan mendedahkan dari semasa ke semasa mengenai isu pertukaran alamat yang berpihak kepada BN di Parlimen Bukit Katil

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat