Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.
Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.
Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB). RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.
Eye On Malaysia yang dipindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu di sita oleh Mahkamah Januari 2009 kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.
Pada 8 Februari 2010, MST Ad Suria Sdn Bhd (Syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.
Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd. Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.
Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya ini akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah. Mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka.
b) Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang dirasmikan pada 1Ogos 2009, yang terletak berdeketan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta.
c) Projek Pulau Melaka terdiri dari 4,387 unit rumah kediaman dan 4,180 unit separa perniagaan termasuk pusat pelancongan mewah, hotel serta pelbagai aktiviti pantai dengan kos yang bernilai RM1.46 bilion dan dilaporkan telah terjual sebanyak RM195.3 juta iaitu sebanyak 1,419 unit sehingga 31 Januari 2005. Malangnya projek ini akhirnya menjadi projek gajah putih apabila sebahagian besar banguan yang dibina tidak siap dan tidak berpenghuni. Masjid yang tersergam indah tidak digunakan secara maksimum kerana tidak ramai orang Islam tinggal di kawasan tersebut. Walaupun kerajaan negeri cuba menukarkan projek ini menjadi ‘Pulau Arab’ namun hasilnya sehingga kini belum diketahui.
d) Kincir air berharga RM1.47 juta di Sungai Melaka juga merupakan projek yang membazir. Tambahan pula kincir air ini rosak dan tidak dapat berfungsi.
e) Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini masih tidak berfungsi kerana tidak ada satu pun syarikat penerbangan baru yang menggunakan lapangan terbang ini. Kos menaiktaraf lapangan terbang tersebut mencecah sehingga RM 131.5.
Idea awal menaik taraf adalah untuk menjadikan lapangan terbang ini sebagai hub tambang murah dengan mensasarkan syarikat seperti Air Asia dan FireFly serta MAS. Namun sehingga ini syarikat-syarikat tersebut masih tidak sudi untuk memulakan operasi di sini. Terbukti bahawa kerajaan negeri tidak melakukan kajian yang teliti dari segi komersil sebelum meluluskan projek ini.
f) Projek Monorel yang menelan belanja sebanyak RM210 juta sedang dalam pembinaan. Stesennya akan dibina di Tol Ayer Keroh bagi menghubungkan laluan tersebut ke pusat bandar sejauh 30 kilometer. Tujuan pembinaanny adalah untuk masalah kesesakan jalan raya yang sering berlaku terutamajalan masuk ke Banda Hilir. Sistem monorel ini akan disambung dari Stesen Tuah melalui Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum bersambung semula dengan Stesen Taman Rempah bagi melengkapkan satu pusingan. Persoalannya adakah projek ini bernilai komersil dan menguntungkan.???
Projek-projek lain yang harganya tidak masuk akal dan membazir!!
g) Dataran Klebang. Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.
Kerajaan hanya mementingkan keuntungan yang diperolehi dari pemaju saja tanpa memikirkan kelansungan hidup para nelayan.
Comments