Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Siri 1: Melaka Panas!! Pengundi Hantu Melaka Beralih Ke Bukit Katil

Tuesday, 27 December 2011


Sebelum ini kita dengar Selangor telah dijadikan pusat membawa masuk pengundi hantu secara besar-besaran bagi memastikan UMNO/BN kembali meneraju Selangor dan kali ini lain pula di Melaka, Ali Rustam dan SPR serta beberapa agensi lain sibuk melakukan kerja pendaftaran pemilih secara besar-besaran di Parlimen Bukit Katil

Maklumat terkini daftar pemilih di Melaka cuba dimanipulasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka dalam menyelamatkan Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru yang dikatakan akan jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum akan datang. 

Kerisauan Ketua Menteri Melaka itu menyebabkan mereka mengerah jentera secara senyap dengan mendaftar seberapa ramai untuk mengundi di Parlimen Bukit Katil kerana di Bukit Katil akan berlaku perubahan secara besar-besaran dengan kekalahan UMNO/BN dengan majoriti yang besar.

SPR dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka telah menyogok dengan RM300 bagi mereka yang menukar alamat ke Parlimen Bukit Katil. Pihak SPR akan memastikan cip yang ada dalam Mykad ditukar supaya mereka yang menukar alamat tersebut akan mengundi di Bukit Katil.

Bukan itu sahaja, mereka memberikan RM300 itu sebagai penghargaan daripada pihak kerajaan bagi siapa yang menukar alamat. Sekarang mereka bergerak aktif bersama SPR. Bukan SPR sahaja di belakang mereka bahkan ada lebih dari lapan agensi yang terlibat dalam kerja-kerja penukaran alamat secara besar-besaran ini.

Sehingga ke hari ini, sudah 500 orang telah didaftarkan ke Parlimen Bukit Katil. Mereka menjadikan program dengan mendaftarkan manusia tersebut supaya mengundi di Parlimen Bukit Katil. Siapakah golongan yang terlibat itu akan dinyatakan dalam posting akan datang.

Pihak admin ada segala bukti dan senarai nama agensi, siapa yang terlibat, video serta gambar. Pihak kami akan mendedahkan kes ini secara besar-besaran di sebalik isu Melaka yang cuba berselindung akibat kerosakan monorel.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat