Jurugambar Mati Ditembak Kerana Bendera Malaysia


UMNO/BN sibuk mengatakan Malaysia sebuah negara terkenal di dunia tetapi sebab bendera Malaysia maka terbunuh seorang wartawan Bernama. Walaupun terbunuh, ia mati syahid di medan juang. Adakah kerana kebongkakan UMNO/BN menyalahkan jaket kalis peluru sekalipun boleh menyebakan kematian?

Sudah tiba masanya UMNO/BN bersara dalam politik dalam menangani isu yang begitu komplek ini. Ia bukan cakap-cakap kosong oleh putera yang kononnya dibawah nama Kelab Putera 1Malaysia. Apa kelab pttera ini boleh lakukan? Bos kepada kelab putera ini berkata, jangan jadikan isu ini untuk kepentingan politik.

Sudah gelabahkah wahai pemimpin 1Malaysia? Begitu indah menyantuni kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, persoalan baru pula timbul apakah motif Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai ahli rombongan ke Somalia.

Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.- Jurucakap kerajaan Somalia

Comments