Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Hancur Selangor Lepas Ni Bro

Sunday, 18 September 2011


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 7,000 borang daripada bekas ahli parti pembangkang Selangor untuk menyokong Barisan Nasional (BN), semalam.

Mereka ahli PKR dari Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Bukit Jalil, Petaling Jaya dan Ijok membuat keputusan itu dengan kerelaan hati tanpa sogokan daripada mana-mana pihak.

Tindakan itu juga sebagai tanda bantahan kerana semua janji yang dibuat Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 gagal ditunaikan.

Najib menerima borang itu dalam program ‘Sireh Pulang ke Gagang’ yang dihadiri 2,000 ahli baru BN di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menyifatkan keputusan dibuat itu membuktikan semakin ramai ahli parti pembangkang hilang kepercayaan dengan barisan kepemimpinan kerajaan Selangor.

“Saya terharu dengan persetujuan untuk sokong BN dan kita sememangnya berhasrat mewujudkan kerajaan yang kuat lagi utuh kerana ia menjadi tunjang kepada masa depan negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, keutuhan kerajaan pemerintah sangat penting kerana menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah negara.

P/s: Mugkin warga Bangla tidak memenuhi kuota pengundi hantu kot.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat