Syaitan Suka KOTOR = UMNO Takut BERSIH


Ustaz-ustaz kata, orang yang pengotor itu adalah saudara syaitan kerana keBERSIHANan itu adalah sebahagian daripada iman. Tetapi di Malaysia, keBERSIHan itu diharamkan sama sekali kerana akan menyebabkan huru-hara. Dangkal betul jawapan seorang menteri.

UMNO adalah sebuah parti yang mewarisi amalan syaitan kerana tidak suka akan keBERSIHan. Kebersihan bagi mereka adalah mengarut. Jika keadaan BERSIH, maka syaitan akan menjadi gusar dan gelisah. Sebelum mereka gelisah, banyak tangan-tangan hantu menangkap orang-orang yang BERSIH dari amalan syaitan.

Gotong-royong memBERSIHkan kawasan yang kotor juga akan ditangkap oleh hantu-hantu yang dijelmakan oleh syaitan pengotor. Syaitan akan lakukan apa sahaja untuk mengajak manusia masuk neraka bersamanya termasuk yang jelas ada sekarang di Malaysia.

Syaitan tidak akan memilih sesiapa sahaja yang mereka kehendaki asalkan yang manusia mengikut jejaknya. Tetapi di Malaysia, ubat untuk menakutkan syaitan ialah dengan menjaga keBERSIHan dan cahaya warna kuning akan menyebabkan mereka menjadi silau seperti hantu Drakula di negara Eropah.

Kekotoran adalah penyelamat kepada syaitan kerana amalan syaitan ialah judi, arak, rasuah, dan suka akan kekotoran sama ada diri atau tempat mereka bersembunyi. Syaitan dikategorikan penderhaka kepada ALLAH kerana enggan menurut perintah ALLAH semasa kejadian Nabi Adam.

Sama seperti UMNO yang ingkar untuk melaksanakan hukum ALLAH kerana mereka bimbang tidak akan mendapat keuntungan jika mereka dalam keadaan BERSIH. KeBERSIHan amat dituntut supaya kita menjaga diri kita supaya terus dalam memelihara iman sebagai seorang hamba yang bergelar khalifah.

Comments