Siapalah Yang Bodoh Sangat Buat Molotov Cocktail Guna Botol Plastik Ni?


Ban Jir nak tergelak dengan rampasan pihak polis mengenai molotov cocktail yang diperbuat dari botol mineral plastik. Kenapa pelik sangat penjenayah UMNO buat kerja sia-sia macam ni? Mesti baru pertama kali membuat  benda-benda ni. UMNO kena banyak belajar dari orang bijak. Setiap hari Ban Jir dengar UMNO kantoikan diri.

Molotov cocktail pakai botol plastik memang tidak nampak ganas tetapi skema. Ini boleh buat orang gelak kerana menunjukkan kebodohan pertama kali buat molotov cocktail. Mungkin juga mereka jimat kos untuk membeli botol plastik dan juga petrol yang digunakan.

Semalam, dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi. Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah.

Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. Serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong.

Berkaitan parang, puak-puak BERSIH tidak bawa semua barang berbahaya ini kecuali puak-puak samseng seperti dalam cerita Lu Langsi Lu Mati. Kita boleh kenal golongan macam mana yang akan bertindak dengan parang ini. Peserta BERSIH cuma bawa garam dengan air mineral sahaja.

Mengenai baju pula, agak pelik kenapa begitu banyak baju yang dirampas. Baju yang banyak ini cuma ada dibalai polis sahaja setelah dirampas dari pihak peniaga yang menjual baju BERSIH. Lagi pun peserta BERSIH yang memiliki baju sehelai dan lencana BERSIH ditangkap oleh polis inikan pula satu beg.

Ini semua kerja-kerja dalaman mereka yang merampas baju BERSIH. Jangan banyak sangat reka cerita. Benda dah kantoi pun nak dibuat cerita. Skrip cerita kamu itu terlalu mendatar dan senang diagak oleh rakyat tambah-tamabh kalau yang ilmu tidak tinggi dengan kata lain bodoh.

Comments