Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Selamatkan Piramid Guna Beg Udara

Thursday, 14 July 2011

KAHERAH - Piramid tertua di Memphis, Mesir berjaya diselamatkan daripada runtuh dengan menggunakan beg udara sebagai penampan siling, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bangunan berusia 4,700 tahun itu terpaksa distabilkan bagi membolehkan jurutera melakukan kerja-kerja pembaikan.

DUA beg udara digunakan untuk menstabilkan kedudukan piramid Djoser di Memphis, Mesir.

Struktur mega itu dibina sebagai makam untuk mengebumikan Firaun Djoser, seorang pahlawan yang memerintah pada dinasti ketiga selama 19 tahun.

"Keseluruhan struktur bakal musnah pada bila-bila masa disebabkan gempa bumi. Namun kami menstabilkan dengan meletakkan beg udara dan akan memulakan kerja pembaikan ke atas bangunan yang menakjubkan ini," kata ketua jurutera, Peter James. 

Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat