Sedut Gas Patah 4 Tulang Dada Dengan 3 Batang Gigi

Gambar hiasan

Gila ke apa? Tidak pernah aku dengar manusia yang menyedut asap gas pemedih mata boleh menyebabkan patah 4 tulang dada dan 3 batang gigi. Jika disembur air sekalipun, tidak mungkin akan berlaku sebegitu ganas. Jika disembur dengan gas, takkan mangsa yang meninggal itu seorang sahaja yang meyedut gas sehingga patah segala anggota badan?

Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah - Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin

Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik. Pada hari kejadian juga ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan.

Comments