Sebelum Polis Dedah, Media Sudah Dedah dan Telanjangkan Polis





Polis dijangka mendedahkan bukti video dan gambar berhubung perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas kepada media pada minggu ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bahan bukti tersebut akan dipertontonkan kepada media di Dewan Theatrette di Bukit Aman.

Pada masa yang sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru bangun dari tidur dan dia baru tahu mengira matematik apakah yang membezakan penjodoh bilangan mengenai ribu, puluh ribu atau ratus ribu. Bukti yang beliau baru tahu mengira ialah seperti di bawah ini.

Kita perlukan masa. Kita perlu tahu jumlah sebenar orang ramai yang hadir semasa perhimpunan itu. Kami juga terpaksa temu bual anggota kami sendiri dan memanggil orang awam bagi mendapatkan fakta. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

Sahlah bahawa Ketua Polis Negara ketika demonstrasi beliau sedang tidur sehinggakan membuat kenyataan hanya 6,000 orang sahaja yang terlibat. Hampir dua minggu baru cuba untuk bertanya kepada anggota sendiri berapa ramai yang turun demonstrasi.

Polis mahu bukti apa lagi kepada media kerana media sudah telanjangkan kezaliman polis pada hari yang sama manakala pihak polis mengambil masa hampir dua minggu untuk membuktikan layanan polis yang dikatakan agak "lembut".

Bimbang dengan keadaan itu, beliau meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mengeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan.

Comments

antahberantah said…
Bangkai gajah mana boleh tutup beb. Video pdrm TERcipta versi baru.... MENGOTORKAN yang bersih