Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Polis Derhaka Titah Agong

Tuesday, 5 July 2011


KUALA LUMPUR: Tindakan polis menahan Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaidah Suboh semalam merupakan bukti pihak berkuasa itu engkar dengan titah Yang Di Pertuan Agong dua hari lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Khai Loon dalam edaran media beliau hari ini susulan tangkapan yang dibuat ke atas Zulhaidah di Kuching semalam.

Sebelum ini pihak berkuasa itu turut menahan dua pimpinan AMK Sungai Besar, Selangor iaitu Akhbar Ali dan Abdul Latip yang kemudian direman selama tiga hari.

Menurut Khai Loon, Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menitahkan kerajaan supaya menyelesaikan isu Bersih menerusi pintu rundingan.

“Justeru, tangkapan demi tangkapan terhadap aktivis Bersih 2.0 jelas bertentangan dengan maksud titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang menggesa kerajaan Umno/Barisan Nasional agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan,” kata Khai Loon.

Menurutnya, kerajaan seharusnya menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun pada 9 Julai ini kerana matlamat Bersih 2.0 ialah memperjuangkan sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus untuk semua pihak.

Tambah beliau,  tangkapan rambang berterusan yang dilakukan polis adalah tidak profesional dan merupakan satu bentuk intimidasi yang jelas mencabuli hak asasi dalam Perlembagaan.

Justeru Khai Loon menggesa pihak polis menghormati titah Yang Di Pertuan Agong dengan membebaskan semua tahanan Bersih tanpa sebarang syarat.

“AMK Malaysia juga menggesa agar pihak PDRM melepaskan tanpa syarat semua tahanan aktivis Bersih 2.0 serta merta dan menghormati titah Yang Dipertuan Agong dalam mencari jalan penyelesaikan kepada isu pilihanraya di Malaysia,” kata Khai Loon.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat