Pengerusi SPR Mengamuk Kerana BERSIH


Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tuntutan BERSIH? Terlalu banyak karenah yang dicipta oleh mereka dengan alasan BERSIH belum menyerahkan tuntutan. Adakah perlu tunggu tuntutan baru SPR perlu berubah?

SPR adalah badan yang dilantik oleh suruhanjaya melalui Agong. Adakah perlu bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk memanjangkan jangka hayat BN untuk terus berkuasa? Timbul alasan memorandum tidak diserah kepada Agong dan perlukah ditunggu memorandum tersebut walhal rakyat telah mengkritik tindakan SPR yang tidak telus dalam pilihan raya.

Lagi satu mempertikaikan kenapa PAS bersama BERSIH menuntut pilihan raya. PAS itu sebuah parti politik yang berdaftar dan ada hak untuk pilihan raya yang adil dan bukannya BERSIH yang bertanding pilihan raya. BERSIH hanyalah sebuah gabungan daripada 62 NGO dan parti politik yang menuntut pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

SPR tidak patut salahkan PAS. Lainlah kalau PERKASA dan Patriot yang menentang kerana mereka sebuah pertubuhan yang tidak terlibat dengan politik sebaliknya BERSIH dengan gabungan menuntut 8 tuntutan daripada 16 tuntutan untuk SPR perhalusi dan bukannya melenting dan macam orang gila.

Kita buat semua mengikut undang-undang yang telah ditetapkan, jadi (Timbalan Presiden Pas) Mohamad Sabu pun tidak boleh memaksa saya. Saya hairan kenapa Mohamad Sabu bercakap seolah-olah dia mewakili Bersih, pada hal sebelum ini Bersih 2.0 berkali-kali menegaskan tidak ada kaitan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. 

Kenyataan pemimpin Pas itu dengan sendirinya menjelaskan kepada umum bahawa Bersih 2.0 memang didalangi oleh pihak pembangkang. Kita sendiri pun masih menanti maklum balas dari Istana Negara, jadi tidak wajar Pas mendesak SPR. 

Bersih juga perlu membuktikan keikhlasan kerana sebelum ini berjanji tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik, tetapi kini Pas pula campur tangan dalam tuntutan itu. - Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf 


Comments

oretupat said…
tengok muko tau doh, MUKO TOK JENIS.