Pelajar Demo BERSIH Di Mesir Pun Salah Ke?

Ini demonstrasi di Malaysia

Apa sudah jadi dengan kerajaan Malaysia? Sudahlah diharamkan berdemo di Malaysia, di Mesir pun mereka mahu kecoh. Kerajaan Mesir tidak pula kecoh macam kerajaan Malaysia. Apa hak kerajaan menghalang mereka berdemonstrasi di Mesir. Takut sangat dengan demonstrasi.

Itu menunjukkan dua perbezaan antara Malaysia dengan Mesir. Mana perginya demokrasi di Malaysia? Tempangnya demokrasi di Malaysia disebabkan adanya BN yang dianggap sebagai perogol hak perlembagaan yang telah termaktub dalam perkara 10 perlembagaan.

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Comments