Ketika Ban Jir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat, Ban Jir melihat keadaan jalan yang penuh dengan kenderaan berat yang lalu lalang dan sekali sekala terfikir akan bahaya yang akan datang kerana jarak bahu jalan hanya beza kurang satu meter. Keadaan ini akan mengundang bahay kepada pejalan kaki.
Setelah sampai di masjid untuk menunaikan solat Jumaat, Ban Jir duduk di saf dalam kebetulan datang awal sebelum masuk waktu. Selepas azan telah berkumandang buat kali kedua, maka khatib telah membaca teks khutbah yang mungkin dibekalkan oleh majlis agama negeri.
Tajuk khutbah tersebut ialah berkaitan denga pembangunan dan tanah. Khatib menyeru hadirin untuk bersyukur akan kejadian yang diberikan oleh Allah. Namun ketika membaca khutbah, keluar tajuk berkaitan perlu ada pembangunan dan dimanfaatkan tanah tersebut.
Beberapa ketika khutbah jumaat sudah seperti jabatan perangkaan dan dokumentari mengenai Malaysia. Apa yang diperkatakan mengenai jabatan perangkaan ialah jumlah penduduk di Tanah FELDA yang siap dengan angkanya sekali iaitu berjumlah 11,063 orang dan berkaitan dokumentari ialah semas pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Di Melaka pula khutbah jumaat berkaitan dengan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011. Nampak sangat sekarang ini UMNO/BN mempolitikkan masjid untuk menuding jari kepada Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku dalam khutbah Jumaat, lebih baik buat ceramah tentang isu FELDA ataupun BERSIH.
Comments