Beginikah cara Islam ajar menutup aurat bagi kaum hawa. Islamkah mereka ini? Mudah sahaja mahu kenal orang Islam dengan bukan Islam. Tengok cara mereka menutup aurat. Kalau tidak tutup aurat, kita boleh anggap mereka bukan Islam kerana mereka sendiri pun tidak mahu akan Islam.
Tidak semestinya menutup aurat perlu mengenakan jubah. Abu Jahal semasa zaman Rasulullah pun memakai jubah tetapi beliau bukan Islam. Jadi tidak hairanlah kalau setakat pakai tudung semata-mata untuk menghadiri kematian dianggap sebagai menutup aurat dikala jambul terjojol keluar.
Adakah perlu menunggu kematian baru memikirkan tentang aurat? Menanti tua baru insaf dan mendekatkan diri pada Islam? Jangan lupa. Buah kelapa yang ada diatas pokok akan jatuh tidak kira sama ada buah itu muda (putik kelapa) atau pun buah itu telah tua dan kematian akan menjemput walau tidak diundang.
Gambar di atas ialah di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur di mana Dr. Lo' Lo', ahli parlimen Titiwangsa disemadikan di tanah perkuburan tersebut yang meninggal akibat kanser. [Al-Fatihah].
Hari ini juga Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan membuat satu kenyataan seperti beliau bukan beragam Islam mengenai isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar.
Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita. Jadi sudah pastilah, hak agama itu... mengapa kita nak menafikan, tetapi kita mestilah hormat-menghormati (antara satu sama lain). - Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
Orang ini layak digelar golongan murtad. Golongan banyak murtad datang dari kalangan pemimpin yang juga menegak benang yang basah disebalik UMNO. Akibat jahil tentang agama, maka agama dijadikan 'alas kaki'. Kepenting dunia lebih diutamakan daripada kepentingan akhirat.
Comments