Gambar: FRU Mengamuk Lepas Demo Belasah Orang?


Biarpun Himpunan BERSIH telah mula bersurai jam 5 petang dan peserta telah meninggalkan tempat tersebut, tiba-tiba ada segerombolan "anjing" ganas menerkam manusia disebalik celah-celah lorong yang sempat dirakam oleh seseorang yang ketika itu ditempat kejadian yang melibatkan anggota polis.

Inikah yang dikatakan oleh Hishammudin akan kelembutan polis melayan peserta BERSIH tempoh hari? Kejadian itu berlaku di Jalan Tun Perak apabila seorang pemuda memakai baju melayu lengkap dan berkopiah putih telah ditahan dan dikasari oleh sejumlah anggota polis yang duduk dibelakang sebuah bagunan di situ.

Gambar yang diambil itu sudah cukup membuktikan bahawa kezaliman polis adalah betul-betul berlaku dan tidak seperti yang dinafikan oleh Ketua Polis Negara sebelum ini. Kejadian ini tidak wajar berlaku memandangkan lelaki berkenaan bukannya melakukan kesalahan jenayah dan cuma melalui lorong itu sahaja.

Gambar tersebut menceritakan bagaimana pemuda tersebut melalui kawasan belakang jalan dengan berpakaian baju melayu lengkap dan kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan. Apa yang diperkatakan oleh pemberi  maklumat, pemuda itu ditahan secara tiba-tiba kemudian berlaku pertengkaran dengan anggota keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Kemudiannya pemuda berbaju gelap itu dikasari oleh segerombolan anggota keselamatan hingga beliau terjatuh. Beliau kemudiannya dibawa ke kawasan berhampiran untuk ditahan.


Comments