Bodoh Punya Zainuddin Maidin


Macam bodoh jawapan Zainuddin Maidin apabila diajukan soalan berkaitan tempoh kempen pilihanraya selam 21 hari. Jawapan yang bodoh ini bukannya dirasai oleh rakyat biasa tetapi pemimpin Pakatan Rakyat. Katanya semua perjalanan boleh disingkatkan kerana ada penerbangan.

Woi, engkau ingat semua orang boleh naik penerbangan ke? Sudahlah dihimpit dengan masalah kenaikan harga minyak dan barang. Jika mahu rakyat naik penerbangan, kekayaan perlulah sama rata dan bukannya kroni UMNO/BN sahaja yang kaya, barulah apa-apa penerbangan boleh dinaiki.

Bukan masalah penerbangan yang kita utamakan tetapi tempoh kempen yang perlu dipanjangkan agar semua kempen dapat dijejaki terutamanya di kawasan pedalaman. sesuai dengan tempoh kempen, calon-calon dapat meninjau kawasan dan tidak ada yang terbiar akibat tempoh kempen yang singkat.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin 


Comments