Betul Ke Polis Buta Maklumat?


Benarkah pihak polis telah dibutakan maklumat oleh Kementerian Dalam Negeri akan tindakan menahan aktivis BERSIH di seluruh negara. Walaupun BERSIH telah berjumpa dengan YDPA Sultan Mizan, namun masih berlaku lagi tangkapan demi tangkapan.

Sekarang pihak polis menjaga keselamatn negara atau ingin bermusuh dengan rakyat jelata. Sikap pihak PDRM yang menahan dan takut akan gelombang kuning itu seakan-akan menghina raja yang telah merestui BERSIH tetapi polis bertindak sebaliknya kepada aktivis.

BERSIH juga menyatakan bahawa perhimpunan itu berjalan secara aman kecuali ada provokasi dari pihak tertentu yang cuba mensabotaj kelancaran perjalanan BERSIH ini. Dikatakan juga akan ada provokasi dari Patriot, Perkasa dan NGO anti-BERSIH.

Antara tajuk berita yang banyak melibatkan polis ialah berkaitan untuk menahan sesiapa yang memiliki baju BERSIH dan warna kuning



Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.


Pihak berkuasa dijangka akan mendakwa sekurang-kurang 17 orang lagi hari ini dan esok berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.


Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.



Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.


Pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jelapang, Ipoh, diserbu petang tadi dalam usaha polis mencari bukti baru berhubung tangkapan enam pemimpin parti itu menurut Ordinan Darurat.


Hambatan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berterusan hari ini dengan giliran pusat khidmat ADUN Kajang pula digeledah pagi ini.

Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas.



Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-Tperhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.



Comments