Serangan penggodam ke atas laman web milik kerajaan yang sebelum ini dinyatakan akan dilakukan Khamis ini nampaknya telah dimulakan lebih awal.
Serangan dipercayai digerakkan oleh pengodam dari Malaysia sendiri dan bukannya kumpulan Anonymous yang berpengkalan di luar negara.
Apa yang nyata, serangan pengodam ini adalah sebagai tanda protes terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) menghalang akses kepada laman web file sharing.
Sebelum ini, kumpulan Anonymous telah mengeluarkan amaran akan melakukan serangan ke atas laman www.malaysia.gov.my pada 3.30 pagi Khamis.
Serangan awal ke atas laman web kerajaan bermula malam tadi dan laman pertama yang menjadi mangsa adalah http://politeknik.gov.my/ iaitu Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Terdahulu daripada laman web politeknik itu, sebuah laman web lain iaitu http://www.tourmalaysia.com.my/ telah digodam, namun tourmalaysia dipercayai bukan laman web milik kerajaan.
Kedua-duanya telah digodam oleh pihak yang sama yang mengelarkan diri sebagai Kambeng Merah.
Mesej yang ditinggalkan di laman web tourMalaysia ialah:
Hey Admin..
DragonForce Was Here
Shocked huh?
No worry..
More are coming soon…
Respect us! We inject the code.. We change your systems.. We crack your passwords.. We abuse your network..
Not because we hate.. But because we LIKE! Enjoy?
Jika diterjemakan, ia hampir bermaksud seperti berikut:
Hey admin..
DragonForce telah Singgah di sini
Terperanjat kah?
Jangan risau…
Banyak lagi yang akan tiba..
Hormati kami! Kami menyuntik masuk kod itu..kami mengubah sistem anda…kami crack password anda..kami menganggu rangkaian anda..
Bukan kerana kami benci..tetapi kerana kami LIKE! Enjoy?
Mesej yang ditingalkan di laman web politeknik merupakan sebahagian komen di akaun Facebook DF (Dragon Force – Group Tempur Rilekscrew).
Setelah dimaklumkan penutupan dan penapisan internet yang berlaku dengan serentak hari ini ramai pengguna internet kecewa dengan tindakan yang sebegini…
Neofelis Noxkidz : ku ingin kau tahu(SKMM) sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku(download) buntu fikiran bila BJUTA2 website lucah ko xnak block plak?”
BEBASKAN HAK KAMI UNTUK BERINTERNET.”
Fitri Masaan: Statement: Lu abang long ka, ayahanda ka, ini internet hak rakyat :) haha
Ikanbilis Darat: UNIFI tiada gunanya kalau hanya boleh bukak facebook. bukan gomen yg bayar internet kami..kami bayar MAHAL!!!!!!!!!!!!!
Kapten Amirudin : I want GOV know that,we people, “Pay for Use NOT Use for Pay”. If they are good n clever enough they will know the means.
Redzuan Rizal : we pay not your daddy pay…
Awan Dilangit: We Think of Freedom, We Dont Get It, We Conquer it
Ta’wilul Ahadits: huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^)
Matthew Tan Tan: Give us back our right of FREEDOM to download. NO download NO tax pay next year.
Brado Kapak: katakan tidak pada SKMM?
Shazwan Shukor: saya nak internet saya balik ! by 2012, tak mustahil internet hanya utk melayari laman web 1malaysia.com
Sau Yang: i love u dragonforce though i was malaysian, hack the malaysia websites, mission must be completed, Malaysia government they are nt afraid, they look down other countries, they tot they are very high-tech country. I cant agree more with you, you should hack them ASAP.
Inilah serba sedikit yang dapat DF share dari Facebook DF
Comments